Saturday, July 19, 2008

Jadilah sebagai salah seorang AUTHOR kepada blog ini

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap-harap sihat dan ceria selalu.

Mulai sekarang, anda semua boleh post sebarang info, gossip, tazkirah, artikel, tulisan n apa sahaja melalui blog ini sendiri tanpa perlu hantar email kepada saya. Caranya, hantarkan kepada saya email address masing-masing dan saya akan daftarkan anda sebagai author. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai akaun email gmail. Selepas itu anda boleh post apa sahaja mengikut kretiviti dan idea masing-masing asalkan ianya 'senonoh' dan sesuai untuk tatapan kita semua :-)

InsyaALLAH saya akan 'upgrade'kan dari masa ke semasa blog ini dari segi isi dan persembahan. Justeru, saya memerlukan kolaborasi anda semua untuk menjadikan blog ini lebih bermanfaat dan berinformasi. Antara cadangan saya, saya akan selitkan segmen IT dan tazkirah sedikit masa lagi.

Akhir kalam, "UKIRLAH SENYUMAN YANG PALING MANIS KERANA SELAIN MENJADI SEDEKAH, SENYUMAN ITU IBARAT LUKISAN RAHSIA HATI DAN SENYUMAN ITU TIDAKLAH MENYAKITKAN TETAPI PENAWAR KEPADA HATI YANG SAKIT"

sALam

1 comments:

Anonymous said...

wahai sahabatku...perjuangan kita belum berakhir...kita masih berjuang di medang juang...sekolah lah medang juang kita...aku bahagia mengenali kalian...